My BiRtHdAy

Daisypath Happy Birthday tickers

Isnin, 30 Julai 2012

Wahai Pemilik Hati...

Wahai pemilik hati,
Aku hanya satu
Andai kau tawa akulah yang gembira
Andai kau sedih akulah yang berduka
Andai kau luka akulah yang menangis

Wahai pemilik hati,
Tidakkah kau mendengar rintihanku?
Pinta dikembali pada fitrah
Fitrahku pada Ilahi
Pemilikku yang hakiki

Wahai pemilik hati,
Peliharalah daku
Kerana aku hanya satu
Baikku maka baiklah keseluruhannya
Burukku maka buruklah keseluruhannya
















Sumber : Puisi
                 Siti Mastura Makenan
                 Sekinchan, Selangor


                 Majalah Gen-Q vol.02 isu no. 11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

back to top button