My BiRtHdAy

Daisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 7 Ogos 2012

6 perkara yang disembunyikan Allah


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s. dgn bentuk yg cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yg panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain myatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yg lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah SWT berfirman yg bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kpd Allah SWT dan tiap2 rakaat itu lamanya 20, 000 thn. Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah SWT berfirman yg bermaksud

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dgn ibadah yg bersungguh2, dan tidak ada seorang pun yg menyembah kpd-Ku seperti ibadat kmu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan dtg seorang nbi yg mulia yg paling Aku cintai, namanya Muhammad.  Dia mempunyai umat yg lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat 2 rakaat yg hanya sebentar sahaja, dan mereka dlm keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermcm2 dn dosa mereka pun besar juga. Maka demi kmuliaan-Ku dn ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mreka itu lebih Aku sukai dari solatmu itu. Kerana mreka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”



Kemudian Jibrail a.s. berkata: “Ya Tuhanku, apakah yg engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yg bermaksud, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal...”

Kemudian Jibrail a.s. meminta izin kpd Allah utk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat keizinan dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s. dgn mengembangkan sayapnya dan terbang, stiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kpd Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah SWT berfirman yg bermaksud.

”Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kpdmu seperti kekuatan yg engkau miliki, kalau kamu terbang seperti yg telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dri beberapa perpuluhan yg telah Ku berikan kpd umat Muhammad terhadap imbalan solat 2 rakaat yg mereka kerjakan...”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan 6 perkara iaitu:
  • *   Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • *   Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • *   Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yg Maha Agung di dalam Al-Qur’an.
  • *   Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • *   Allah SWT telah menyembuyikan solat yang paling utama di dalam solat (yg lima waktu).
  • *   Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Sumber : Majalah Muslimah
                 Bil. 231
                 m/s 40

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

back to top button