My BiRtHdAy

Daisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kisah cinta Khalifah Umar al-Khattab

    Suatu hari seorang sahabat berkunjung ke rumah Saidina Umar al-Khattab untuk mengadukan masalah berkenaan isterinya yang gemar merungut. Tatkala tiba di perkarangan rumah Saidina Umar, dia terdengar suara seorang wanita (isteri khalifah Umar) sedang bercakap dalam nada bersungut sedangkan khalifah Umar langsung tidak membalas walau sepatah pun percakapannya.

   Melihatkan keadaan itu, sahabat berkenaan segera berpatah balik ke rumah. Bagaimanapun, khalifah Umar menyedari akan kehadiran sahabat berkenaan lalu memanggilnya dan bertanya tentang hajat yang ingin dikatakan(nya). Dia lantas bercerita mengenai sikap isterinya tetapi segera membatalkan hasrat setelah  melihat keadaan di rumah khalifah Umar sebentar tadi. Jawab Sayidina Umar :

 "Isteriku adalah orang yang telah memasakkan makanan untukku, membasuh pakaianku dan mendidik anak-anakku. Lalu apa salahnya aku bersabar dengan kerenah isteriku yang sedikit itu berbanding jasa yang telah (dia) lakukan?"  <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

back to top button