My BiRtHdAy

Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 5 Oktober 2012

dialog ustaz dan pelajar yg ditangkap khalwat


Tiada couple dalam islam



DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.


Pelajar: Kami tidak berzina!


Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.


Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?


Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.


Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.


Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.



Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.


Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?


Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?


Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.


Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!


Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.


Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.


Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.


Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?


Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.


Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.


Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?


Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!


Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.


Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.


Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?


Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.


Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.


Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.


Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?


Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.


Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.


Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?


Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.


Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?


Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.


Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?


Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).


Pelajar: Bagaimana kami?


Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.


Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.


Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.


Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.


Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.


Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.


Dipetik daripada Kalam Ukhwah,

Syukbah Penerbitan dan Risalah Surau Perdana,

Kolej Matrikulasi Melaka

sumber ; http://lasiaf87.wordpress.com/2007/05/09/tiada-couple-dalam-islam/

Khamis, 4 Oktober 2012

KENAPA COUPLE HARAM? DI SINI DALIL AL-QURAN & NAS HADIS



KENAPA COUPLE ITU HARAM? APAKAH NAS YANG MENYATAKAN COUPLE ITU HARAM?

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu banyak nas al-Quran dan hadis menjelaskan tentang percintaan teruna dan dara atau couple in HARAM secara terang. Hanya orang-orang JAHIL & FASIQ sahaja yang berani mempermainkan hukum Allah. Hanya orang-orang munafiq sahaja yang buat-buat tidak tahu terhadap kewujudan larangan Allah. Bagi seorang muslim, dia wajib mengetahui perkara ini.

1) COUPLE ITU HARAM KERANA BERLAKU ZINA MATA DAN PENYALAHGUNAAN PANCA INDERA

ALLAH Berfirman :

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah An-Nuur : Ayat 30)

Maksdunya, dilarang lelaki melihat bahagian tubuh wanita melainkan wajah dan telapak tangan. Kerana bahagian lain adalah aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian dada, pinggang dan lainnya. Apatah lagi jika perempuan bercouple ini memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan. Sangat jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah. Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya memang tidak menjaga aurat. Maka, HARAM pertemuan itu.

Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata :

Nabi Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih)

Dari Jarir bin Abdillah z berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai “pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan pandanganmu.”
( H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud)

Maksudnya jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar sahabat berpaling. Kerana haram MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat.

Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda :

“Jangan kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan pertama untukmu, dan tidak untuk yang pandangan kedua.” ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud, Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.)

Yang dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa sengaja. Jadi, adakah mungkin orang bercouple tidak saling memandang? Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata? Sudah tentu mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA. Ianya HARAM secara jelas.

2) COUPLE ITU HARAM KERANA BERSENTUH ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda “Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat2 tersentuh.

Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama. PASTI akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw:

Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921]

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.
(Surah Zumar: 9)

3) COUPLE ITU HARAM KERANA TERPAKSA MENDENGAR SUARA WANITA YANG MENDAYU-DAYU

Bila bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu dan perkataan yang lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak akan saling tengking menengking. Orang bercouple sudah pasti saling ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam bab bergurau, ketawa dan mendayu-dayu?

Mengikut Imam Syafie;

Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki2 yang ajnabi(Asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan. Suara Wanita yg bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap dengan nada yang lembut.

Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah Dianggap Sebagai Aurat Menurut Pendapat Yang Sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Firman Allah SWT dalam

Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,

"Seseorang perempuan janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan ungkapannya."

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,

"Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki."

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.

2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur'an, "seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa."

4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.

5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.

Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.

Suka diterangkan disini,perbualan ini tk terhad kepada telefon memandangkan dunia yg semakin canggih.justeru,voice chat,tele-conference,cellphones etc termasuk dlm kategori yg sama. Pesanan, kalau tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek.

Orang yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu sebenarnya adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari kebenaran, sebaliknya memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati.

Maka, secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM. MELAINKAN KAHWIN SAHAJA. KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL. 


sumber ; http://ustazcinta.blogspot.com/2011/07/kenapa-couple-haram-di-sini-dalilal.html

Rabu, 3 Oktober 2012

Detik-detik Terakhir Kehidupan Kekasih Allah.


Detik-detik Terakhir Kehidupan Kekasih Allah.



Dari Ibnu Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Ajalku hampir tiba, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli baitku.
Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensholatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kalian dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula sholat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu sekalian.”
Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assholah yarhamukallah.”
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda sholat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada esoknya, yaitu Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Siti Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Maafkanlah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya,
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah itu wahai anakku?” Fatimah menjawab: “Seorang lelaki, sepertinya baru sekali ini saya melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia, wahai anakku?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai Rasulullah.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan sambil menatap wajah anaknya, seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang “Wahai Fatimah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut.” Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika anda izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal dia di langit dunia” Jawab Malaikat Maut.
Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Ketika Sakaratul Maut Tiba
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk anda wahai kekasih Allah. Engkaulah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau (Muhammad) dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Imam Ali kw, bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan anda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” “peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii,ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku”
Fathimah Az-Zahra` a.s. di masa-masa terakhir Kehidupan Rasulullah SAWWDi akhir-akhir umurnya Rasulullah SAWW, Fathimah a.s. menatap wajah ayahnya yang bercahaya dan mengalirkan keringat dingin. Sambil menangis ia menatap ayahnya. Sang ayah tidak tega melihat putrinya menangis dan gelisah. Akhirnya sang ayah membisikkan sebuah ucapan di telinganya sehingga ia tenang dan tersenyum. Senyumnya pada masa-masa krisis seperti itu terlihat sangat aneh. Mereka bertanya kepadanya: “Rahasia apakah yang telah ia ucapkan?” Ia hanya menjawab: “Selama ayahku hidup aku akan bungkam seribu bahasa”. Setelah Rasulullah SAWW meninggal dunia, ia membongkar rahasia itu. Fathimah a.s. berkata: “Ayahku mengatakan kepadaku bahwa engkau adalah orang pertama dari Ahlul Baytku yang akan menyusulku. Oleh karena itu, aku bahagia”.
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa alih wasalam. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Cintaku


muslim
 MALAM PERTAMA SAAD BIN MUAZ
 Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.
Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.
Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, "Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali".
Lalu Rasulullah bekata, "Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin".
Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut.
Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.
Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.
Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.
Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. "Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita". Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.

Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.
Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.
Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, "Di saat kematian Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi". Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.
Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

Biodata Penulis

Muhammad Ismail Ibrahim Merupakan Penuntut tahun kedua di Universitin Malaya

Ahad, 23 September 2012

siswa suluh laser

assalamu'alaikum....

22 sept 2012 MALAM AHAD , JAM 11.30 MALAM

tengah landing2 atas katil dgn roomate, tetiba datang satu cahaya... mula2 tu rasa pelik jugak... cahaya pelik apa masuk le bilik malam2 buta ni? dah la tingkap dengan pintu dekat ampaian bilik terbukak luas... baru le kitorang perasan, ada orang main laser wane hijau... deme main suluh2 dari luar... first tu ingatkan siswa yg suluh laser, yg aku ni cepat2 turun dari katil sebab nak tutup tingkap gn pintu...

  tapi tiba2 rasa cahaya tu macam dari hostel siswi... hmmm, budak siswi kot yg main laser.. aku pun bukak le pintu balik... then aku terperasan pulak ada garis cahaya dari hostel siswa aras 3 straight ke aras 1 hostel siswi... mak aihh... dah la dengan xbertudungnya, aku cepat2 tutup pintu, tingkap, dgn langsir... takut punya pasal, roomate aku pun tutup lampu bilik... pasang torchlight je... nampak sangat laser tu tersuluh-suluh kat bilik kitorang... suluh langsir la apa la...  xpernah-pernah siswa wat camni.... dah xda koje agaknya... 

bilik kitorang yang tadinya terang-benderang + pintu terbukak + tingkap terbongeh + langsir terselak luas... sekarang dah jadi macam xberpenghuni....gelap semacam je.... dah macam bilik kitorang je yang black out.... takut sangat... mana tak nya, risau kot2 'penyuluh laser' tu dah nampak aurat kitorang... geram betul... arghhh... xda koje ke depa ni????!!! 


GAMBAR YANG DIAMBIL PADA KEESOKKAN HARINYA...
(kalau ambil gambar waktu malam, takut benda lain yang muncul bergambar sekali)



tingkap hostel siswa... aras 1, 2 , dan 3...
aku xtau tingkap bilik apa... stor agaknya... 



mop xtau datang dari mana... masa first masuk hostel, xpernah pun ada mop tu kat situ... baru2 ni muncul pulak.... entah dari aras atas hostel siswi atau dari sebelah... hostel siswa... entah sape yang rajin mengemop bumbung...



pintu pada tembok yang memisahkan hostel siswa dan siswi yang bersebelahan...



tingkat atas sekali... tingkap hujung sekali terbukak luas... kat situ la 'penyuluh laser' membuat aktivitinya malam semalam... semalam bilik tu gelap... aku nampak cahaya hijau laser tu je dari tingkap hujung tu... berani beno masuk bilik tu sensorang... dah gelap gelita waktu malam... haihhh...
sape kau 'penyuluh laser' ??!!! xda kerja lain ke? main suluh2 laser plak... kalau aku xda sifat malu, aku dah jerit kat kau malam tadi.... "woi siswa! apa main suluh laser nih?!"

huuuu sabo je la...

Khamis, 16 Ogos 2012

larangan menarik balik sedekah


Hadith :
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah . Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda. Nabi bersabda kepadanya:” Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.”
 
(al-Bukhari)

 
Huraian
Orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain. Ini disebabkan naluri manusia sebenarnya selalu rindukan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya. Bahkan di hati kita pun selalu terdetik untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang boleh kita lakukan. Apalagi jika yang ada pada diri kita atau yang sedang kita lakukan itu berupa kebaikan. Manakala menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadith sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang buruk dan amat memalukan Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipatganda rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya semestinya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus kali ganda.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


back to top button