My BiRtHdAy

Daisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 11 Oktober 2012

Ukhti di cafe...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, baru lepas makan ni... Syukur, Allah bagi rezeki tengahari ni... Tadi waktu tengah tunggu giliran nak bayar makanan kat cafe, aku berdiri kat sebelah ukhti berpurdah <3...hari ni dia pakai tudung labuh + purdah hijau... Dari dulu lagi (sejak start orientasi kat kolej islam) aku suka tengok dia, bahkan ukhti-ukhti berpurdah yang lain... rasa tenang... teringin nak menjadi sebahagian daripada ukhti-ukhti tersebut, tapi rasanya tak boleh... sebab niat tak cukup betul lagi... huhu... =')

Berbalik cerita pada ukhti kat cafe tadi, waktu aku tengah tunggu 'encik cafe' datang ambik bayaran, aku ternampak tangan ukhti tu... dia letak kedua-dua tangan dia kat kaunter cafe, bila dah ternampak tangan dia, aku nampak pulak 'benda kilauan emas' kat jari manis dia...

"wah, cincin...!!" jerit hati aku dengan nada tak berapa kuat....

Ada dua pulak tu cincin ukhti tu... dua-dua kat jari manis tangan kiri dan kanan...

"wah, jeles. jeles..." huhu...
kita kena jeles kat orang yang banyak ilmu, tapi aku jeles kat perkara lain... adoyai... Astaghfirullahal'azim...

Mesti ukhti tu dah bertunang, tak pun, dah nikah... ataupun..!!
DUA-DUA sekali...

p/s : bila aku nak menyusul dia pulak? =') haha... merepek je aku ni kan...

nothing ; by me... =')


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

back to top button